BLACK SEED PIE (QIZHA)

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung serba guna
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan minyak zaitun / minyak sayuran
  • ½ cawan pes Habbatussauda (qizha)
  • ½ cawan serbuk badam
  • Badam yang dipotong separuh.
  • ¾ cawan sirap gula.

Cara-Cara Membuatnya:

  1. Tepung dipanggang di atas api sederhana dan kacau dengan kerap sehingga ia bertukar menjadi keemasab (ambil masa lebih kurang 10 minit).
  2. Dibiarkan sejuk sedikit. Kemudian masukkan gula, minyak zaitun, qizha.
  3. Gaul sehingga sebati segingga menjadi doh, dalam masa yang sama masukan ¾ cawan air secara beransur-ansur.
  4. Tambah serbuk badam ke dalam adunan.
  5. Masukan adunan ke dalam acuan.
  6. Menggunakan pisau, potong adunan berbentuk segiempat kecil, hiaskan dengan badam.
  7. Bakar selama 10 hingga 15 minit sehingga ia menjadi rangup dari bawah kemudian bakar bahagian atas selama 5 hingga 10 minit.
  8. Keluarkan pai dari oven kemudian tambah sirap gula ke atas pai yang dimasak dan biarkan sejuk sebelum disajikan.