KEBAB DAGING

BAHAN-BAHAN (kebab daging):

  • Kiub daging
  • Minyak zaitun
  • Lada benggala (dipotong segiempat)
  • Bawang besar (dipotong segiempat)
  • Lada hitam Giant
  • Za’atar
  • Garam

BAHAN-BAHAN (honey mint sauce):

  • 1 sudu besar tepung jagung Giant (dibancuh dengan air)
  • 1/4 cawan daun pudina cincang
  • 3 sudu besar madu Giant
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar garam

CARA-CARA:

  1. Gaul minyak zaitun, garam, za’atar dan lada.
  2. Masukkan kiub daging dan perap selama 2 jam.
  3. Gunakan lidi sate untuk membuat kebab menggunakan daging diperap, lada benggala, dan bawang besar.
  4. Sapukan kuali pemanggang dengan minyak zaitun.
  5. Bakar kebab selama lebih kurang 10 minit.
  6. Untuk membuat sos, gaul kesemua bahan sos.
  7. Dalam kuali lain, panaskan sos hingga pekat.
  8. Tuangkan sos ke atas kebab.
  9. Siap untuk dimakan!