SERUNDING TUNA

BAHAN-BAHAN:

  • bawang merah 60g (dikisar)
  • 3 biji cili merah (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 100ml Minyak Zaitun/Minyak Sayuran
  • 2 tin Kepingan Tuna Pedas
  • 200g kelapa parut segar (bahagian putih sahaja)
  • ½ sudu besar serbuk kunyit
  • 150 ml air
  • 50g gula lembut coklat
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng dalam kuali tanpa minyak sehingga hampir kering. Keluarkan dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, masak bahan yang telah dikisar dengan api yang sederhana sehingga permukaan pecah minyak.
  3. Masukkan tuna, 150 ml air dan gula, masak sehingga gula larut.
  4. Seterusnya tambah kelapa goreng, garam jika perlu, dan terus goreng dengan api yang sederhana sehingga campuran menjadi kering.