KHASIAT BUAH DELIMA

KHASIAT & NUTRIEN BUAH DELIMA

Membantu Kesihatan Jantung.

  • Membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel.
  • Dapat mengurangkan masalah saluran darah dan mengurangkan risiko artherosclerosis (punca utama masalah jantung).
  • Mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
  • Jenis khasiat : Flavonaid – Lagik asid dan Vitamin C.

Mengurangkan risiko Kanser.

  • Mengandungi anti oksida yang sangat efektif dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payu dara, prostat dan kulit.
  • bahan anti oksida akan menyebabkan pembentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
  • Kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.
  • Jenis khasiat : Flavonoid, Polifenol, Elagik Asid, Punicalagin, Ellagithannins dan Vitamin C.

Membantu Sistem Perhadaman.

  • Membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleh membantu sistem penghadaman dan merawat sembelit.
  • Jenis khasiat : Kombinasi Vitamin, Zat dan Mineral.

Meningkatkan Hemoglobin (HB).

  • Mempunyai kadar zat besi yang tinggi untuk meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah.
  • Jenis khasiat : Zat besi.

Membantu Mengurangkan Berat Badan.

  • Mempunyai khasiat semulajadi yang boleh menbersihkan usus dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan.
  • Jenis khasiat : Punicanolic asid.

Mengurangkan Sakit Sendi.

  • Mengandungi Vitamin C (bahan anti inflamasi) yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan penyakit sendi.
  • Jenis khasiat : Vitamin C

Mengurangkan Batuk dan Lelah.

  • Mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan membantu melawan batuk, selesema, mahupun dema, dengan meningkatkan sistem imun badan.
  • Jebis khasiat :  Tanin dan Punisin.

Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.

  • Kandungan nutrien yang ada dalam delima membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan berada dalam tahap normal.
  • Jenis khasiat : Punicanolik asid.

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung.

  • Mengandungi Niacin, Asid folik, Potassium, Kalsium, Vitamin C, Zat besi dan serat yang tinggi untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi.
  • Sifat buah delima yang anti-inflamasi mengekalkan peredaran darah sangat baik untuk perkembangan fetus bayi.
  • Kandungan Potassiunm yang terdapat dalam buah delima boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung.
  • Mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
  • Jenis khasiat : Niacin, Asid folik, Potassium, Kalsium, Vitamin C, Zat besi

Mencantikan Kulit.

  • Mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan wajah.
  • Menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
  • Mengandungi Punicic asid yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
  • Mengembalikan sel kulit yang rosak, menolong perbentukan semual tisu-tisu badan, menyembuhkan luka-luka dan memperbanyakan peredaran darah ke kulit.
  • Jenis khasiat : Punicic asid

Menghapuskan Masalah Cacing Pada Kanak-kanak.

  • Mengandungi Asid tannin yang menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak termasuklah cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.
  • Jenis khasiat : Alkalali, Peletierine dan Tanin Punisin.

Mengawal Tekanan Darah.

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan inflamasi pada seluruh darah bagi pesakit jantung.
  • Merupakan aspirin semula jadi yang boleh mengelakkan pembentukan gumpalan darah.
  • Jenis khasiat : Potasium (Antithipertensi dan Diuretik)

Membantu Merawat Masalah Gout.

  • Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh lebihan Urik asid dalam badan dan membawa kepada pembentukan Kristal (tiny crystals of urate) yang ada dalam tisu-tisu badan terutamanya sendi-sendi.
  • Jus delima yang tinggi potasium membantu melawan serangan gout dengan menyingkirkan lebihan urik asid melalui air kencing dan najis.
  • Kombinasi Vitamin, Zat dan Mineral yang ada dalam jus delima berfungsi memperbaiki sistem buah pinggang dan meningkatkan proses penghadaman makanan bagi membantu sistem perkumuhan berjalan dengan lancar
  • Jenis khasiat : Polifenol.