Sambal Kering Zaatar

Salam tengahari di hujung minggu.

Dah makan semua?
Cik Jah baru selesai slot tengahari. Rehat sat.

Hari ni nak kongsi resepi Sambal Kering Zaatar.

Dah lama tak buat sambal kering ni. Seingat cik jah masa tengah pulun pakej berpantang dulu, rajin lah buat.
Sebab ada permintaan dari ibu berpantang.
Sekarang, sesekali tu adalah permintaannya.

Dimakan dengan nasi panas dan di sambal-ulamkan dengan pucuk mengkudu, daun cekur atau di buat kerabu daun pegaga.
Fuhh… berpeloh-peloh.

Sambal kering ni bagus untuk membuang angin dalam badan, menghangatkan tubuh yang dingin, melancarkan darah dan melawaskan BAB.
Untuk ibu yang berpantang selepas melahirkan, makan ikut sukatan ya.
Jika badan terlebih panas, akan mengakibatkan sakit kepala.

Bagi ibu yang pantang jumpa….nah, boleh saja.
Jangan salahkan Cik Jah jika anda menambah nasi dan
berat juga bertambah.πŸ˜…πŸ˜

Nah, ni resepinya..

Sambal Kering Zaatar
(Untuk sekali hidangan)

Halia – sebesar ibu jari
Bawang Putih – 5 ulas
Ikan bilis – segengam – digoreng garing
(Boleh diganti dengan isi ikan goreng)
Lada hitam biji – 1 sudu besar

Tumbuk semua bahan diatas sehingga hancur dan sebati.
Masukkan dalam bekas, campurkan 2 sudu Serbuk Zaatar,
gaul rata. Siap.

Halia dan bawang putih berkhasiat untuk membuang angin dalam badan dan melancarkan darah.
Lada hitam bersifat menghangatkan dan melancarkan darah. Ikan bilis atau ikan goreng sebagai penyedap rasa.

Serbuk zaatar mengandungi daun thyme, minyak bunga matahari, bijan dan garam. Membuatkan sambal kering ini berasa lemak, sedikit masin dan berangin.

Ikan bilis atau ikan goreng ikut pilihan.
Mata biru ka, mata pucat ka, boleh ja. Tapi untuk ibu berpantang, pilih jenis ikan yang tidak gatal dan mudarat ya.

Tengahari ni bolehlah cuba.
Zaatar tak ada…meh beli kat Assyifa Nur Hikmah.

Banyakkan minum air kosong ya.

Selamat menjamu selera.
πŸšπŸ›πŸ₯—
Bismillah.